“Biasa Kalau Musibah, Abang Bantu..” – Banjir Di Sumatera, Netizen Indonesia Rindu Aisar Khaledd

“Biasa Kalau Musibah, Abang Bantu..” – Banjir Di Sumatera, Netizen Indonesia Rindu Aisar Khaledd

Trending

Netizen Indonesia memohon influencer besar seperti Aisar Khaledd hulurkan bantuan di Sumatera.


Perkongsian video bantuan kemanusiaan dengan tanda pagar #PrayForSumatera kembali mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Seorang pengguna menyuarakan rindu terhadap influencer Malaysia, Aisar Khaledd yang sering turun padang setiap kali berlaku musibah.

BACA: “Adab Lebih Tinggi Daripada Ilmu” – Respon Aisar Khaled Bila Dihalau Ketika Hulur Bantuan Di Bali

Namun, kali ini kelibat Aisar di Sumatera dikatakan tidak kelihatan. Menurut penduduk, masyarakat Sumatera kini benar-benar memerlukan bantuan.

Mereka berharap akan muncul kembali mana-mana influencer besar yang sanggup membantu seperti apa yang pernah dilakukan Aisar sebelum ini.

“Biasanya kalau ada musibah, abang salah satu influencer yang turun membantu…” – Netizen seru Aisar Khaledd

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk yang mengenang kembali bagaimana Aisar sebelum ini pernah dihalau dan dihina ketika menghulurkan bantuan di Indonesia.

Aisar Khaledd

Pssttt! Tidak kira siapapun insan itu, yang penting adalah keikhlasan dan bantuan yang sampai kepada mereka yang memerlukan. Semoga bantuan untuk Sumatera dipermudahkan dan lebih ramai tampil menghulurkan tangan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top