Biasa tapau makanan kenduri? Berhati-hatilah, boleh jatuh haram jika tidak kena cara

Biasa tapau makanan kenduri? Berhati-hatilah, boleh jatuh haram jika tidak kena cara
HARAM hukumnya membungkus makanan kenduri secara diam-diam tanpa keizinan daripada tuan rumah. -Foto: CANVA

HARAM hukumnya membungkus makanan kenduri secara diam-diam tanpa keizinan daripada tuan rumah. -Foto: CANVA

MASIH ada lagi segelintir orang tanpa segan silu membungkus atau menapau makanan ketika menghadiri majlis kenduri.

Walaupun tuan rumah mungkin tidak perasan lantaran kehadiran tetamu yang bertali arus, sebaiknya usahlah kita menggunakan ruang itu untuk berbuat demikian.

Bukan apa, bimbang pula makanan yang ditapau tadi itu boleh jatuh haram.

Pendakwah Ustaz Elyas Ismail menegaskan, haram hukumnya membungkus makanan kenduri secara diam-diam tanpa keizinan daripada tuan rumah.

USTAZ ELYAS

USTAZ ELYAS

“Namun, andai tuan rumah mengizinkannya dan dia pula siap sediakan plastik dan bekas, maka tiada masalah untuk kita tapau makanan kenduri.

“Jika tuan rumah tidak izinkan dan kita pula mencedok (makanan) buat tak tahu dan balik begitu sahaja, (boleh) jadi haram nanti,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Beliau kemudian mengemukakan dalil menerusi firman ALLAH SWT: “Dan janganlah kamu memakan harta antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu memberi harta itu kepada para hakim dengan niat untuk mendapatkan sebahagian daripada harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 188)

“Berdasarkan ayat itu, jelas memang salah (perbuatan tapau makanan kenduri kerana) tidak dapat izin tuan rumah.

“Jangan buat begitu kerana ia melibatkan maruah diri, selain agama turut melarang kita daripada mengambil harta orang tanpa keizinan,” ungkapnya.

BERWASPADALAH ketika menghadiri kenduri dan tidak sewenang-wenangnya menapau makanan tanpa meminta izin daripada tuan rumah. -Foto: CANVA

BERWASPADALAH ketika menghadiri kenduri dan tidak sewenang-wenangnya menapau makanan tanpa meminta izin daripada tuan rumah. -Foto: CANVA

Sementara itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, perilaku mengambil barangan tanpa keizinan atau keredaan seseorang merupakan perbuatan mencuri dan amat dilarang dalam Islam.

“Sebaiknya tetamu perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah atau tuan majlis untuk menapau makanan agar kita terhindar daripada memakan makanan yang haram disebabkan tuan rumah tidak reda akan perbuatan tersebut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi #1863: Hukum tapau makanan kenduri.

Justeru, berhati-hatilah ketika berkunjung ke majlis kenduri dan menjaga tindak-tanduk kita agar tidak terjerumus dalam perbuatan yang menyalahi syariat Islam.

TETAMU perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada tuan rumah atau tuan majlis untuk menapau makanan agar kita terhindar daripada memakan makanan yang haram disebabkan tuan rumah tidak reda akan perbuatan tersebut. -Foto: CANVA

Scroll to Top