“Biasalah Kalau Ada Badan Cantik, Mesti Rasa Nak Tunjuk”

“Biasalah Kalau Ada Badan Cantik, Mesti Rasa Nak Tunjuk”

Pelakon Ikmal Amry meminta netizen supaya tidak mengecam rakan-rakannya dalam kelab sukan Challo yang kerap kali menayang badan setiap kali beriadah.

Memetik Harian Metro, Ikmal mengakui tindakan ‘menayang’ badan kepada umum adalah salah, namun rakan-rakannya itu sekadar ingin berkongsi pencapaian selepas berjaya mendapatkan bentuk badan ideal.

“Bagi saya, memiliki badan yang cantik adalah satu pencapaian. Buat badan sangat susah, perlu disiplin yang tinggi termasuk jaga pemakanan serta memakan masa.

“Sebelum badan mereka tak siap, pernah nampak mereka tunjuk? Tidak. Tapi, mereka bekerja keras untuk dapatkan badan sedemikian dan mahu menghargai usaha mereka sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Ikmal berkata dia tidak menghalalkan sesuatu yang salah terutamanya di sisi agama apatah lagi berkenaan tentang aurat.

“Kalau sentuh mengenai tunjuk aurat, itu memang saya sendiri pun nak menidakkan sesuatu yang salah dalam agama,” katanya.

SUMBER: Harian Metro


Scroll to Top