Bagi anak muda yang berjiwa bola sepak, inilah peluang untuk melangkah keluar dari padang tempatan ke pentas dunia.
DASHING kembali dengan Biasiswa Bakat Dashing, program pencarian bakat peringkat kebangsaan yang menawarkan hadiah utama latihan eksklusif di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, United Kingdom.
Tahun ini, hanya tiga pemain muda terbaik akan dipilih… Adakah anda salah seorang daripadanya?
Misi Besar: Dari Akar Umbi ke Liga Dunia

Memasuki tahun kedua penganjuran, Biasiswa Bakat Dashing membawa misi untuk mencari dan menggilap bakat bola sepak tempatan dari peringkat akar umbi.
Daripada 120 peserta yang disenarai pendek, hanya tiga pemain paling cemerlang akan merasai pengalaman latihan di pusat pembangunan bola sepak paling berprestij di dunia bersama jurulatih rasmi Tottenham Hotspur.
Bagaimana Kelayakan Untuk Sertai?
Program ini dibuka kepada remaja lelaki warganegara Malaysia berumur 15 hingga 18 tahun.
Langkah penyertaan:
Langlah 1: Rakam video kemahiran bola sepak berdurasi 15–60 saat.
Langkah 2: Muat naik ke Instagram atau TikTok.
Langkah 3: Tag @biasiswabakatdashing dan gunakan tanda pagar #biasiswabakatdashing.
Langkah 4: Hantar penyertaan antara 1 Ogos – 30 September 2025.
Penyertaan juga boleh dihantar melalui laman web rasmi: www.biasiswabakatdashing.com.
120 Peserta Menuju Kem Identifikasi Bakat

Peserta yang disenarai pendek akan dijemput ke Kem Identifikasi Bakat Eksklusif pada Oktober 2025 di Arena Sukan, Kuala Lumpur. Sesi ini akan dikendalikan oleh Jurulatih Pembangunan Global Tottenham Hotspur, merangkumi latihan intensif, penilaian berstruktur, dan bimbingan taktikal untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar berpotensi mengharumkan nama negara.
Kempen Beli & Sumbang: Semua Boleh Ambil Bahagian

Bagi yang bukan pemain bola sepak, anda masih boleh menyumbang. Sepanjang tempoh 1 Ogos hingga 30 September 2025, setiap pembelian produk DASHING atau DASHING Elite akan menyumbang RM1 kepada Dana Biasiswa Bakat Dashing. Dana ini digunakan untuk membiayai pemain terpilih menjalani latihan di United Kingdom.
DASHING: Bukan Sekadar Penjagaan Diri, Tetapi Pemangkin Impian
“Biasiswa Bakat Dashing adalah lebih daripada sekadar kempen. Ia adalah usaha untuk memberi keyakinan, pendedahan awal, dan peluang yang sewajarnya kepada belia Malaysia agar mereka berani menggapai impian,” Devarshi Dalmia, Pengurus Pemasaran DASHING.
DASHING bukan sekadar jenama penjagaan diri lelaki terkemuka, malah sebuah jenama yang percaya pada kekuatan keyakinan, disiplin, dan dedikasi sama ada di luar padang atau di tengah aksi.
Untuk update terkini layari www.biasiswabakatdashing.com atau ikuti TikTok dan Instagram Biasiswa Bakat Dashing.
Jangan tunggu saat akhir. Rekod, hantar, dan buktikan bakat anda di gelanggang. Siapa tahu, inilah langkah pertama menuju karier bola sepak profesional di pentas dunia.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.