Pempengaruh media sosial, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi luahan hati mengenai anak-anaknya.
BACA: “Tak Payah Menyalak Macam Anj*ng” – Michael Ang Tuduh Cik Epal Tak Move Lepas Kena Cerai
Menurut Cik Epal, penceraian menyebabkan dua anaknya iaitu Han dan Yuki mempunyai dua keluarga baru.
“Bibik try hard hidup dalam bayangan aku” – Cik Epal
Ujarnya lagi apa yang pasti, hanya seorang ibu kandung sebenar iaitu dirinya dan ‘bibik’ yang dikatakan ‘try hard’ hidup dalam bayangannya.

Cik Epal turut menggelarkan bakal suaminya nanti sebagai daddy, namun buat masa sekarang dirinya masih solo dan tidak ke arah berumahtangga.
Tak cukup dengan itu, Cik Epal turut menambah satu lagi kapsyen ‘padu’ yang membuatkan netizen terhibur.
“Kita mak kandung ni chill je”

Dalam nada relaks tapi padu di aplikasi Threads, dia menyindir individu yang dikatakan cuba merebut perhatian anak-anaknya.
Biasalah bibik memang kena try hard untuk menang hati anak-anak. Kita mak kandung ni chill je. Dah tentu anak pon keluar dari kita khuenn?
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen padu yang ditinggalkan Cik Epal. Mereka bersetuju kasih sayang seorang ibu tiri tidak akan sama dengan ibu kandung.
#ApaKataOhmedia
Apa pun situasinya, seorang ibu tetap akan kekal sebagai ibu kandung selamanya. Hormat dan kasih sayang tak boleh dipaksa atau direbut, ia datang dengan keikhlasan. Macam Cik Epal cakap, tak perlu try hard sebab kasih sayang anak itu lahir dengan sendiri bila kita ikhlas sebagai ibu.
Kredit: Instagram Cik Epal
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




