Bibir Kering, Gelap dan Kusam, Ini Produk Terbaik Yang Harus Kamu Miliki!

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Lip balm merupakan produk yang harus kamu miliki untuk memastikan kecantikan bibir terus terjamin. Bukan hanya sekadar pelembap, malah produk lip balm juga mengandungi bahan vitamin untuk memastikan bibir dijaga. Berikut antara jenama lip balm yang sangat bagus untuk bibir anda!

1. Mentholatum Lip Pure Lip Balm

Sumber gambar: The Beauty Junkee

Mentholatum Lip Pure Lip Balm diformulasikan daripada m
adu lebah Manuka, sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Produk ini juga mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti  minyak Shea Butter, minyak Almond, minyak Jojoba dan ekstrak Aloe Vera untuk melindungi dan melembapkan bibir.

Ia juga mengandungi vitamin antioksida seperti Vitamin E dan Grape Seed Oil untuk membantu mengekalkan bibir yang sihat dan nampak muda. Apa yang menariknya, ia tidak mengandungi bahan pewarna dan pengawet tiruan.

2. SebaMed Lip Defense Triple Protection

Sumber gambar: SebaMed India

Anda mempunyai bibir yang kering dan merekah?

Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30 sangat berkesan untuk merawat bibir yang merekah, melindungi bibir dari sinar pancaran UV dan melembapkan bibir.

Ia dibuat dengan formulasi khas yang merangkumi vitamin E dan miyak Jojoba untuk memulihkan dan melegakan bibir.

Caranya mudah sahaja, sapukan di permukaan bibir setiap hari untuk perlindungan maksimum.

3.Nivea Lip Care

Sumber gambar: Hermo.my

Adakah bibir cantik anda memerlukan kelembapan?

Cubalah Nivea Lip Care Pop Ball Pink Watermelon & Promegranate.

Teksturnya yang lembut dan licin dengan segera melembapkan bibir anda dan mengekalkannya selama 24 jam.

Diperkaya dengan aroma buah tembikai dan delima yang memberikan kesan halus pada bibir anda.

Sumber: Sri Cantik