JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pengarah teknikal kelab dan penasihat utama pasukan, Hector Bidoglio kembali sebagai Ketua Jurulatih skuad Harimau Selatan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025.
Ia bagi menggantikan Esteban Solari yang berpisah dengan skuad juara 10 kali Liga Super itu selepas satu musim membimbing pasukan dari Selatan tanah air itu.
Apa yang menarik, barisan kejurulatihan akan turut disertai bekas pemain JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak.
Perkhabaran tersebut dimaklumkan menerusi laman sosial JDT sebentar tadi.



