Bil Elektrik Melambung Tapi Guna Sama Je? Mungkin Korang Terlepas Pandang Pelan Time-of-Use (ToU) | Trending – Oh! Media

Bil Elektrik Melambung Tapi Guna Sama Je? Mungkin Korang Terlepas Pandang Pelan Time-of-Use (ToU) | Trending – Oh! Media

Trending

Bil elektrik naik tanpa sebab? Jom kenali pelan ToU TNB yang bantu korang kawal bil dengan bijak!


Pernah tak korang rasa pelik bila bil elektrik naik mendadak, tapi sebenarnya penggunaan harian masih sama je macam biasa? 

Kalau ya, mungkin dah sampai masa untuk korang kenal dengan pelan tarif Time-of-Use (ToU) yang makin ramai orang bincang sekarang.

Apa itu pelan Time-of-Use (ToU) dan zon masanya?

Ohmedia elekteik Tou

Menurut laporan Oh Bulan, ToU adalah pelan tarif elektrik yang mengenakan caj berbeza mengikut waktu penggunaan. Kiranya, bila guna elektrik waktu tertentu, korang boleh jimat banyak kalau bijak merancang!

Isnin – Jumaat

  • Puncak (Peak): 2 petang – 10 malam
  • Luar Puncak (Off-peak): 10 malam – 2 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

  • Luar Puncak sepanjang hari (24 jam)

Termasuk: Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Hari Malaysia, Hari Kemerdekaan & lain-lain (15 hari cuti utama).

Konsepnya senang je:

  • Guna lebih elektrik masa off-peak, bayar lebih murah.
  • Guna banyak masa peak, bil mungkin naik.

So, siapa yang patut pertimbangkan ToU?

Ohmedia tnb 1jpg
  • Suri rumah atau pesara yang banyak di rumah waktu pagi.
  • Pemilik kereta elektrik (EV) yang cas waktu malam atau hujung minggu.
  • Content creator, pereka grafik, editor video yang kerja lepas jam 10 malam.

Tapi jangan terus tukar dulu…

Bil Elektrik

Sebelum korang mohon untuk pelan ToU ni, pastikan buat 3 benda ni dulu:

  1. Semak pola penggunaan elektrik melalui bil terdahulu atau portal myTNB.
  2. Tengok bila waktu paling tinggi penggunaan elektrik, siang ke malam?
  3. Guna Kalkulator Bil TNB untuk bandingkan kos antara tarif biasa dan ToU.

Pssttt! Nak jimat bil elektrik bukan bermaksud kena berpanas atau berjimat keterlaluan. Dengan pelan yang betul dan corak penggunaan yang bijak, korang boleh kawal bil dan elak terkejut hujung bulan!

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top