“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

“Bila Allah Hantar Ujian, Allah Hadirkan Sekali Kekuatan” – Abby Abadi

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila ketiga-tiga anaknya semakin menginjak dewasa.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata, meskipun pelbagai ujian telah dilaluinya namun Allah menghantarkan kekuatan pada setiap dugaan yang menimpanya.

“Tak mudah tapi syukur. Alhamdulillah. Saya ada Allah.

“17 tahun berlalu, sekarang Danish dah berumur 22 taun. Dania nak masuk 20 tahun Julai nanti. Dan baby Danisha nak masuk 17 tahun, September nanti.

“Bila diimbas kembali, banyak hal-hal hebat yang saya lalui dan paling hebat bila Allah hantar ujian, Allah hadirkan sekali kekuatan pada saya. Terima kasih Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Abby juga sempat menzahirkan rasa rindunya pada arwah kedua ibu bapanya.

“Rindu sebenarnya pada arwah mak dan ayah yang sama-sama menjaga anak-anak ini masa mereka kecil dulu. Al-fatihah buat mak ayah,” kongsinya.

 

 

Scroll to Top