“Bila Badan Kembali Mantap & Ramping, Kembali Berlakon” 

“Bila Badan Kembali Mantap & Ramping, Kembali Berlakon” 

Usia kandungan sudah mencecah empat bulan, pelakon Siti Saleha berkata dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan bagi menjaga kesihatan bayi dalam kandungannya.

Memetik Ohmymedia, Saleha berkata dia akan mengambil cuti panjang selepas drama bersiri lakonannya Bad Cop dan akan kembali berlakon apabila tubuhnya kembali ramping.

BACA: Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Siti Saleha Belum Sedia Kongsi 

“Selepas selesai projek sekarang, saya tidak akan jalani proses penggambaran lagi buat sementara waktu kerana ia meletihkan.

“Saya mahu ‘chill’ selepas projek terakhir saya sehinggalah baby bersalin dan tengoklah, apabila badan kembali mantap dan ramping, saya akan ‘shoot’ semula tapi tidaklah sampai dua ke tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, Saleha berkata dia tidak mengalami sebarang alahan pada trimester pertama namun rasa sedikit penat seperti yang dialami wanita hamil yang lain.

“Alhamdulillah, pada trimester pertama, saya tiada alahan, mengidam atau mual. Namun, rasa penat itu biasa bagi wanita hamil. Tiga bulan pertama itu kalau takde buat apa-apa, saya hanya tidur dan berehat di rumah sahaja,” katanya.

Memenangi anugerah Selebriti Ikon Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat malam tadi, Saleha meluahkan rasa syukur kerana mendapat sokongan daripada peminat.

“Saya sangat bersyukur dipilh sebagai ikon setelah lebih 15 tahun dalam industri seni. Ini rezeki saya, ‘baby’ dan kelab peminat yang setia dan mengundi. Mereka sayang saya dan karier ini. Saya gembira berada di sini, Alhamdulillah,” katanya.

Sumber: Ohmymedia


Scroll to Top