“Bila Diam Pun Saya Panik” – Watie Hanifiah

“Bila Diam Pun Saya Panik” – Watie Hanifiah

Oh! Artis

Watie Hanifiah kongsi pengalaman ibu pertama, akui panik urus bayi Akira Juwita, Shuib sentiasa di sisi.


Watie Hanifiah baru-baru ini berkongsi pengalaman penuh emosi selepas pertama kali menguruskan bayi kecil, anak mereka sendiri iaitu, Akira Juwita.

Menurut Watie, fasa awal menjadi ibu bukanlah sesuatu yang mudah kerana dia berdepan pelbagai situasi yang membuatkan dirinya cepat panik walaupun perkara kecil.

Watie Hanifiah panik setiap masa bila jaga bayi

Watie mengakui dirinya sering berasa cemas apabila berhadapan dengan situasi harian bersama bayi, lebih-lebih lagi kerana ini adalah pengalaman pertama.

Bila Akira menangis, tak pandai menyusu, malah bila dia diam pun saya panik. Susu tumpah pun panik.- Katanya.

Situasi seperti ini mungkin nampak biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi Watie, semuanya terasa mencabar dan menguji emosi.

Shuib jadi tulang belakang sepanjang proses

Dalam keadaan serba panik itu, Watie sangat bersyukur kerana suaminya, Shuib sentiasa berada di sisi sejak awal kehamilan hingga ke hari kelahiran.

Dari dalam perut sampai hari pertama Akira Juwita lahir, Daddy sentiasa di sisi.- Katanya.

Malah, Shuib juga banyak membantu menguruskan bayi ketika Watie masih menyesuaikan diri sebagai ibu.

Daddy yang uruskan semua. Semoga Allah berikan syurga buat Daddy, terima kasih memahami hormon saya yang buat pertama kali jadi ibu ni semua benda jadi panik segala.- Katanya.

Kelahiran Akira Juwita jadi detik bermakna

Untuk rekod, Watie selamat melahirkan bayi perempuan mereka pada jam 3.47 petang, 6 April 2026. Kelahiran ini pastinya menjadi detik paling bermakna buat pasangan tersebut.

Sebelum ini, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Kini, kehadiran Akira Juwita melengkapkan lagi kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.

Pssttt! Jadi ibu bapa ni memang bukan mudah, lagi-lagi first time. Kalau korang tengah lalui fasa sama, jangan stress sangat dan sentiasa hargai pasangan yang ada di sisi. Sokongan tu lah yang paling penting untuk kuatkan semangat.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top