“Bila Suami Bahagia, Kita Pun Akan Hilang Penat, Sedih, Sakit…” – Siti Hajaar Hadiahkan MK K-Clique Motor Idaman

“Bila Suami Bahagia, Kita Pun Akan Hilang Penat, Sedih, Sakit…” – Siti Hajaar Hadiahkan MK K-Clique Motor Idaman

Isteri penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique iaitu Siti Hajaar berkongsi momen ketika suaminya itu terkejut menerima hadiah motor sempena ulang tahun kelahirannya.

Pada awalnya, Hajaar tidak bersetuju suaminya mahu menaiki motor namun tidak sampai hati melihat suaminya bersedih tidak dapat memiliki motor idamannya itu.

“Video ini masa birthday kesayangan (MK) 27 Julai lalu. Baru sempat edit dan post sebab ketika itu saya tengah sarat nak melahirkan seorang puteri.

“Motor itu dia pernah kongsi dekat saya, dia nak sangat beli tapi saya ni takut orang naik motor jadi saya tak setuju. Tapi saya tak boleh tengok suami saya sedih tak dapat apa dia nak pakai.

“Saya pun fikir-fikir dan akhirnya hadiahkan dia motor yang dia mahukan ni semasa birthday dia,” katanya.

Selain motor, Hajaar turut memberi MK sebuah sandals jenama terkemuka sebagai hadiah kedua.

“Sandals itu pun dia pernah tunjuk dia suka, apa lagi saya belikan juga sebagai hadiah kedua. Bila suami happy, kita pun akan hilang penat sedih sakit. kita pun akan tumpang happy,” ujarnya.

@hajaarsitii

Throwback! Baru sempat edit, video ni time birthday kesayangan 27/7. Time tu saya tengah sarat nak melahirkan seorang puteri, tak sempat nak edit2 and post. “Bila suami happy, kita pun akan hilang penat, sedih, sakit. Kita pun akan tumpang happy” Btw, motor tu dia share story dkt Aja, dia nak sangat beli tapi Aja ni takut kalau orang2 naik motor apa semua ni, then Aja tak setuju. Hahaha. Tapi kita tak boleh la tengok kesayangan kita macam ala sedih tak dapat nak pakai apa yg dia nak. Aja pun fikir2, tak apa la. Aja hadiahkan dia la motor yang dia nak time birthday nya. Deal, dan beli. Masa tu MK belum ada kat rumah. Malam hari yg sama dia balik rumah dari kerja dan… tengok la video tu! Hehe” ; Sandals tu pun dia pernah tunjuk dia suka, apa lagi kita beli la juga untuk gift kedua. 🥹 Alhamdulillah. Loveeeee Suamiku 🤍🪽

♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen

Sekadar info, MK dan Hajaar berkahwin pada 15 Jun 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dilahirkan pada Ogos lalu.

Scroll to Top