Bilangan stesen petrol Filipina ditutup menurun, kes sorok meningkat

Bilangan stesen petrol Filipina ditutup menurun, kes sorok meningkat

Manila: Bilangan stesen minyak yang ditutup susulan kekangan bekalan telah menurun kepada 365 daripada 425, namun insiden menyorokkan minyak dan pencatutan dilaporkan meningkat kepada tujuh, kata Polis Negara Filipina (PNP) pada Isnin.

Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan jurucakap PNP Brig Jen Randulf Tuaño berkata penutupan stesen jatuh kepada 369 pada Ahad sebelum menurun lagi kepada 365 menjelang pagi Isnin.

“Sebab utama penutupan adalah kerana produk petroleum tidak dihantar dan ada yang tidak mempunyai stok. Ada yang ditutup tetapi kemudian dibuka semula selepas melakukan penstokan semula,” kata Tuaño pada taklimat media di Camp Crame.

Penutupan itu berlaku ketika krisis bekalan minyak yang dikaitkan dengan konflik berterusan di Asia Barat.

Tuaño berkata tujuh kes menyorokkan petrol dan pencatutan telah dilaporkan iaitu tiga di Wilayah 5 (Bicol), dua di Wilayah 8 (Visayas Timur) dan masing-masing satu di Wilayah 3 (Luzon Tengah) dan 11 (Wilayah Davao).

Jabatan Tenaga telah meminta bantuan daripada PNP untuk membendung penyorokan bahan api dan pencatutan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top