Anak kepada selebriti terkenal, Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana sememangnya kerap menjadi perhatian walaupun masih lagi kanak-kanak.
Keletahnya yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian memandangkan Rozita Che Wan atau biasa disapa Che Ta tak lokek berkongsi gambar atau video Aaisyah.
Terbaru, video memperlihatkan bilik tidur gadis comel itu telah tular di media sosial apabila akaun TikTok Nur Khalaf berkongsi suasana di dalam bilik Aaisyah.
@nurkhalaf Heaven nya ampaaaaa Nak jadi anak Che Ta gak lah!
Apa yang menjadi perhatian warganet adalah dekorasi bilik tersebut yang digambarkan seperti bilik di istana. Dengan susunan perabot mewah dan keluasannya yang ‘luar biasa’, ramai yang kagum melihat suasana di bilik tersebut.
Bukan itu sahaja, tandas milik Aaisyah juga begitu luas dan terdapat tab mandi serta kerusi seperti di spa-spa mewah.
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata begitu kagum melihat bilik kanak-kanak berkenaan dan membandingkan keluasannya dengan bilik mereka.
Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga Che Ta dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telahpun berusia sembilan tahun.
Kecantikan wajah kanak-kanak berkenaan yang mewarisi kejelitaan ibu serta ketampanan bapanya kerap menjadi pujian umum sejak dia masih bayi lagi dan semakin menyerlah apabila dia sudah pandai berdandan termasuklah mengenakan alat solek sendiri.
Sumber: TikTok Nur Khalaf