georgie@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Penyanyi juga naib juara program realiti nyanyian meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini semalam selepas bertarung penyakit tiroid.
Lotter atau nama sebenarnya Lotter P. Edwin Edin dikhabarkan bertarung penyakit itu kebelakangan ini dan pemergiannya sangat mengejutkan rakan-rakan artis terutama artis tempatan Sabah.
“Tiada suda Lotter artis kesayangan kita,” demikian pengesahan artis Sabah iaitu Maldini yang juga rakan karib mendiang.
Menurut sumber terdekat, Lotter yang sangat ceria dan kuat berusaha menyembunyikan penyakitnya. Justeru, ramai rakan terdekatnya terkejut dengan pemergian Lotter.
Penyanyi itu yang aktif dengan kerjaya seninya di Sabah juga sebenarnya sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.
Bakat Lotter berjaya menarik perhatian kerana karakter yang ceria dan menghiburkan.
Mendiang dikhabarkan menghembuskan nafas terakhir di hospital disamping keluarga dan rakan-rakan terdekat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




