Bintang Stranger Things Maya Hawke kahwini pemuzik Christian Lee

Bintang Stranger Things Maya Hawke kahwini pemuzik Christian Lee

New York: Bintang drama bersiri Strangers Thing, Maya Hawke dan penyanyi Christian Lee Hutson kini bergelar suami isteri apabila melangsungkan perkahwinan pada Hari Kekasih, baru-baru ini.

Upacara lafaz janji berlangsung di Gereja St George’s Episcopal, Dataran Stuyvesant, Manhattan, di sini.

Sebaik majlis selesai, tetamu berjalan kaki menuju ke lokasi resepsi di The Players, sebuah kelab ahli persendirian eksklusif di Taman Gramercy, lapor hellomagazine.com.

Anak kepada pelakon Uma Thurman dan Ethan Hawke tampil anggun dalam persalinan Prada – gaun putih tanpa lengan dengan potongan boat neckline serta perincian riben ringkas pada bahagian pinggang.

Kehadiran keluarga dan rakan selebriti turut memeriahkan suasana ibu bapa Maya selain rakan selebriti seperti Finn Wolfhard, Iris Apatow bersama kekasihnya Sam Nivola serta tetamu kehormat lain.

Christian adalah pemuzik genre folk, Americana dan country disegani yang mempunyai tiga album studio iaitu Beginners (2020), Quitters (2022), dan Paradise Pop 10 (2024).

Meskipun lahir di Kansas City, beliau dibesarkan di Los Angeles, manakala Maya pula dibesarkan di New York.

Selain bergelar pelakon, Maya juga seorang penyanyi dan pernah bekerjasama dengan Christian untuk album keduanya, Moss (2022).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top