BIRMINGHAM City telah memecat pengendali, Wayne Rooney selepas hanya 83 hari mengendalikan kelab Liga Kejuaraan itu.
Bekas pemain England berusia 38 tahun itu dilantik pengendali City pada 11 Oktober, selepas pemecatan John Eustace, menyaksikan kedudukan Blues di tempat keenam liga.
Sejak itu Birmingham telah jatuh ke tangga ke-20, kekalahan 0-3 di Leeds merupakan kekalahan kesembilan dalam tempoh 15 perlawanannya.
Pengendali skuad pembangunan Steve Spooner akan mengambil alih tugas sementara pasukan utama tersebut.



