‘Bising’ staf pasaraya tak bantu angkat barang, netizen ‘sekolahkan’ usahawan wanita

‘Bising’ staf pasaraya tak bantu angkat barang, netizen ‘sekolahkan’ usahawan wanita

Jarang kita pergi ke pasaraya besar ada perkhidmatan membantu pelanggan untuk membeli barang dengan membawanya ke tempat parkir kenderaan.

Kebiasaannya pekerja disana menjalankan tugas mereka mengikut jobscope masing-masing dan tidak mencampuri urusan pelanggan.

Namun, menerusi video yang tular di laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi beberapa video ‘bebelan’ seorang usahawan  wanita yang tidak berpuas hati dengan pekerja sebuah pasaraya yang tidak membantunya membawa barangan yang dibeli.

Tindakan itu nyata kurang disenangi sesetengah pihak kerana usahawan itu membandingkan layanannya terhadap pelanggan di kedai makan miliknya dengan pasaraya besar.

Dalam video yang dimuat naik kembali ke akaun @si_shorty, usahawan wanita itu mengatakan yang dia membeli barang menggunakan troli sebanyak RM5,000 namun pekerja pasaraya langsung tidak membantunya.

Ujar pengguna Twitter itu lagi, tindakan usahawan itu membuat perbandingan sangat tidak wajar kerana pasaraya telah memberikan troli untuk kemudahan pelanggan sedangkan kedai makan miliknya menjual barangan yang bersaiz kecil serta mudah dibawa.

Bebelan usahawan wanita terbabit seolah-olah mengatakan pekerja pasaraya tidak mempunyai timbang rasa kerana tidak membantunya membawa barangan ke kenderaan.

Jadi, warganet terbabit menganggap permintaan usahawan itu sangat keterlaluan memandangkan  tidak ada polisi yang mengatakan pekerja pasaraya perlu menolak troli pelanggan yang membeli barang lebih dari RM5,000.

 

Perkongsian pengguna Twitter itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang lain. Rata-rata bersetuju dengan pemilik akaun @si_shorty kerana merasa apa yang dibebelkan usahawan wanita itu berlebihan kerana barang yang dibeli adalah tanggungjawab mereka.

Mereka juga merasa ‘rimas’ apabila wanita berkenaan membuat perbandingan pasaraya dengan kedai makanan miliknya serta layanan yang diberikan kepada pelanggan.

 

Sumber: Twitter @si_shorty

Scroll to Top