Bitget Catat Kadar Pertumbuhan 45.5% dalam Kalangan Bursa Kripto Terkemuka pada 2025

VICTORIA, Seychelles, Feb. 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, Universal Exchange terbesar di dunia, telah mencatatkan pertumbuhan volum dagangan tahun ke tahun sebanyak 45.5% dan berjaya meraih tempat ke-6 dalam pegangan pasaran global bagi bursa kripto berpusat pada akhir 2025, menurut laporan terkini Market Share of Centralized Crypto Exchanges by Trading Volume diterbitkan oleh CoinGecko.

Laporan CoinGecko, yang diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras industri, menyenaraikan bursa berdasarkan jumlah dagangan tahunan serta bahagian pasaran relatif dalam landskap global bursa berpusat. Pada akhir 2025, Bitget mencatat bahagian pasaran sebanyak 6.4%, sekali gus mencerminkan momentum pertumbuhan yang kukuh dipacu oleh rangkaian produk inovatifnya. Prestasi cemerlang Bitget dalam kajian bebas ini menyerlahkan jejak yang semakin meluas serta keunggulan daya saing bursa tersebut dalam landskap dagangan aset digital.

“Kami berbangga melihat pertumbuhan berterusan Bitget yang diiktiraf dalam laporan CoinGecko,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Kepercayaan komuniti terhadap kami terbentuk hasil keselamatan kukuh yang dibina sepanjang tahun. Dengan menguasai salah satu bahagian pasaran terbesar dalam industri kripto, kami telah meletakkan asas yang mampu menyokong pertumbuhan berskala besar, dan melalui UEX, kami menyaksikan asas tersebut direalisasikan.”

Sepanjang tahun lalu, Bitget telah mempercepatkan peralihan ke arah model Universal Exchange, dengan meluaskan operasi melangkaui pasaran berasaskan kripto kepada dagangan pelbagai aset. Ini merangkumi pelancaran beta Bitget TradFi, yang membolehkan pengguna berdagang komoditi, indeks, FX dan logam seperti emas bersama derivatif kripto, serta peluasan niaga hadapan saham ditokenisasi, yang mencatat penerimaan kukuh semasa kitaran pendapatan global. Penambahan ini melengkapi kekuatan teras Bitget dalam kecairan spot dan derivatif, sekali gus membolehkan pedagang bertindak balas terhadap peristiwa makro tanpa perlu meninggalkan persekitaran berasaskan kripto.

Laporan CoinGecko menempatkan prestasi Bitget dalam kerangka trend yang lebih luas, apabila pengguna semakin cenderung memilih platform yang menawarkan kedalaman, fleksibiliti serta ketahanan. Dengan aktiviti dagangan yang kini merentasi kripto, aset makro dan produk on-chain, bursa yang berupaya menyokong penyatuan ini semakin muncul sebagai tumpuan utama pasaran. Memasuki tahun 2026, Bitget terus mengukuhkan trajektori pertumbuhannya dengan rangkaian produk yang diperluas, infrastruktur dagangan yang dipertingkatkan, serta pelaburan berterusan dalam kepercayaan komuniti dan kebolehpercayaan platform.

Perihal Bitget

Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 125 juta pengguna dan menawarkan akses kepada lebih 2 juta token kripto, lebih daripada 100 saham ditokenisasi, ETF, komoditi, FX serta logam berharga seperti emas. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ejen AI yang bertindak sebagai co-pilot dalam pelaksanaan dagangan. Bitget memacu penerimaan kripto melalui perkongsian strategik bersama LALIGA dan MotoGP™. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Pada masa ini, Bitget menerajui pasaran TradFi yang ditokenisasi dengan menawarkan yuran terendah industri serta kecairan tertinggi merentasi 150 rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk pada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/91c7d1fe-3346-4ac0-81b0-e04542972dee