Blok pentadbiran IPD Belaga musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Bintulu: Satu blok pentadbiran musnah dalam kebakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, Sarawak hari ini.

Maklumat awal yang diterima dari Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak mengesahkan panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 1.19 tengah hari.

Sejurus itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa hampir lima jam perjalanan dari balai tersebut.

Ketua BBP Bintulu, Christus Buson ketika dihubungi turut mengesahkan lima anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Stephen Plen sedang bergerak ke lokasi kejadian dengan menggunakan sebuah pacuan empat roda (4WD) dengan menggunakan Jalan Bintulu-Bakun..

“Kita juga sudah menghubungi Pasukan Bomba Sukarela Belaga bagi mengetahui maklumat awal serta situasi kebakaran yang berlaku bagi memudahkan tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Christus menambah, maklumat awal mendapati tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dari kebakaran yang berlaku.

Sumber: Utusan Borneo Online