Filem aksi tempatan Blood Brothers: Bara Naga terus mencipta sejarah apabila berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu box office selama tiga minggu berturut-turut.
Hanya dalam 20 hari tayangan, filem ini mencatat kutipan luar biasa sebanyak RM62 juta, sekaligus meletakkannya antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman Malaysia.
Bagi meraikan kejayaan ini, satu acara gempak berlangsung di Bukit Bintang dengan paparan LED gergasi menayangkan jumlah kutipan filem tersebut.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran nama-nama besar industri seperti Datuk Dr. Yusof Haslam, pengarah filem Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, serta barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, dan ramai lagi.
Antara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran misteri 30 individu berpakaian sut hitam ala ‘pengawal peribadi’, mencipta suasana dramatik seperti dalam filem. Persembahan istimewa daripada Genji Buskers yang mendendangkan lagu tema Bara Jiwa turut menambahkan kemeriahan.
“Terima kasih atas sokongan luar biasa ini. Ini bukti filem tempatan mampu berdiri megah di pawagam,” katanya.
Blood Brothers: Bara Naga bukan sekadar filem aksi, ia kini simbol kebangkitan perfileman tempatan. Jika anda masih belum menontonnya, inilah masanya untuk merasai sendiri aksi, drama dan semangat luar biasa yang ditawarkan.
ARTIKEL BERKAITAN:Karya Paling Laris! Blood Brothers Raih Kutipan RM45.7 Juta Setakat 11 Hari Tayangan
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Watak Malik Dalam Blood Brothers, Irfan Zaini Jalani Latihan Aksi Selama 5 Bulan
ARTIKEL BERKAITAN:7 Hari Tayangan, Filem Blood Brothers Kini Catat Kutipan RM29.9 Juta!