Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Blood Brothers Gegar Absolut Bazaar, Peminat Teruja Bertemu Barisan Pelakon Popular

Filem aksi yang bakal meledak disemua pawagam tanah air, Blood Brothers akan mula menemui peminatnya pada 10 April 2025.

Terbaru, menerusi siri jelajah yang diadakan di  Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC)  menjadi lokasi ketiga selepas kejayaan di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri Cheras  dan Bazar Ramadan Presint 14, Putrajaya.

Peminat filem aksi tempatan membanjiri Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2025 (ABXFGR’25) untuk bertemu barisan pelakon utama seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Andy Teh, Amir Nadis, Tracie Sinidol, dan Mikael Noah.

Suasana meriah dengan interaksi mesra bersama peminat dan aktiviti menarik seperti permainan pentas, serta persembahan khas daripada Muzza serta tayangan eksklusif babak aksi mendebarkan dari Blood Brothers menambahkan keterujaan penonton.

Kata Sharnaaz sebagai teraju utama filem berkenaan, dia sangat terharu melihat sokongan luar biasa peminat terhadap filem ini, sekaligus menyifatkan Blood Brothers bukanlah sekadar filem aksi  tetapi sarat dengan emosi dan aksi.

“Kami sangat terharu melihat sokongan luar biasa terhadap Blood Brothers.

“Ini bukan sekadar filem aksi biasa, tetapi sebuah kisah yang sarat dengan emosi dan aksi yang pasti membuatkan penonton terpaku,” katanya.

Angkat tema pengorbanan & persaudaraan, siri jelajah Blood Brothers akan diteruskan

Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, kini tampil dengan filem terbaharu, Blood Brothers yang pastinya menjanjikan pengalaman sinematik yang berbeza.

Filem ini bakal membawa penonton menyelami kisah yang penuh intensiti dengan mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya.

Dengan barisan pelakon mantap dan aksi berkualiti tinggi, Blood Brothers bersedia menjadi filem aksi tempatan yang paling dinantikan tahun ini.

Siri jelajah Blood Brothers akan diteruskan di beberapa lokasi lain sepanjang Ramadan, menawarkan lebih banyak kejutan buat peminat. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan dan nantikan tayangan rasmi Blood Brothers di pawagam bermula 10 April ini.

Untuk perkembangan terkini tentang jelajah bazar Ramadan Blood Brothers, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube Primeworks Studios.

Scroll to Top