BN bukan pengemis, kami king maker yang simpati dengan pembentukan kerajaan – Sharif Musa

BN bukan pengemis, kami king maker yang simpati dengan pembentukan kerajaan – Sharif Musa

Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menepis tuduhan individu yang melabelkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai pengemis untuk berada dalam kabinet kerajaan negeri Sabah.

Sebaliknya, parti tersebut adalah king maker yang amat simpati dengan pembentukan kerajaan negeri hari ini.

BN bukan pengemis

BN bukan pengemis

“Kenapa GRS perlukan Barisan Nasional?
“Jangan menghembat BN sehingga rotan hancur. Kami tiada rotan, tapi kami ada akar yang sama sakit apabila digunakan untuk menghembat pihak sebelah.
“Semua blok pun perlukan BN untuk bentuk Kerajaan, BN mempunyai 6 kerusi dalam kerajaan Hajiji Haji Noor untuk kestabilan. Boleh juga 6 kerusi BN membentuk Kerajaan bersama Warisan sebagai alternatif,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Jelasnya lagi, Hajiji tidak akan bersama BN sekiranya mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan.

Artikel lain: Pemuda BN tak setuju sertai kerajaan GRS, rela kekal sebagai pembangkang

BN bukan pengemis

“BN boleh tentukan Kerajaan hari ini bersama siapa saja sebagai Kingmaker.
“Stoplah mengata, siapa perlukan siapa dalam soal ini?” soalnya lagi.

Terdahulu, Kerajaan Perpaduan di negeri tersebut telah dibentuk dengan penyertaan beberapa gabungan utama termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), UPKO, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati apabila GRS menerima sokongan daripada BN termasuklah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahu kekal sebagai pembangkang.

Sumber: Facebook @Sharif Musa LD

Scroll to Top