Bola sepak bendang

Bola sepak bendang

KANGAR: Pertandingan bola sepak bendang pada Pesta Angin Timur Perlis (PAT) 2026 berlangsung dari 6 hingga 8 Februari di Kangar Jaya.

Pertandingan unik yang diadakan di kawasan sawah padi berlumpur itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal dan semangat kesukanan peserta, malah mencerminkan keakraban masyarakat dengan kehidupan tradisi desa yang sinonim dengan negeri Perlis.

Pesta Angin Timur Perlis (PAT) merupakan festival budaya tahunan yang diraikan bersempena monsun timur laut, menampilkan warisan serta kehidupan tradisi masyarakat setempat dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top