Oh! Islam
Ustaz Wadi Annuar jelaskan hukum umat Islam ucap Gong Xi Fa Cai dan garis panduan yang perlu dipatuhi.
Boleh ke umat Islam ucap “Gong Xi Fa Cai”? Ada yang kata tak boleh, ada yang kata tak ada masalah. Jadi yang mana satu betul?
BACA: Hukum Menyambut Hari Valentine Dalam Islam
Terbaharu, Ustaz Wadi Annuar tampil berkongsi penjelasan ringkas mengenai hukum ucapan ini supaya orang ramai tak terus keliru atau buat andaian sendiri.
Apa sebenarnya maksud “Gong Xi Fa Cai”?
Menurut perkongsian tersebut, “Gong Xi Fa Cai” bermaksud “Tahniah dan semoga bertambah rezeki”. Fatwa Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan ia boleh diucapkan kepada masyarakat bukan Islam sempena sambutan Tahun Baru Cina kerana tiada unsur keagamaan di dalamnya.

Jelasnya, ucapan ini hanyalah ucapan budaya dan doa kesejahteraan, bukannya ucapan berbentuk ritual atau pengiktirafan agama tertentu.
Namun ada garis panduan. Ucapan itu tidak boleh sampai mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama mereka. Selain itu, elakkan penggunaan simbol keagamaan dalam ucapan.
Dalam masa sama, Islam sendiri menggalakkan hubungan baik sesama jiran dan masyarakat pelbagai kaum selagi tidak bercanggah dengan akidah.
Antara alternatif ucapan lain yang membawa maksud kesejahteraan ialah:
Xin Nian Kuai Le – Selamat Tahun Baru
Shen Ti Jian Kang – Semoga sihat sejahtera
Pssttt! Isu macam ini sebenarnya menunjukkan pentingnya kita rujuk sumber yang betul sebelum terus hukum. Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, adab dan toleransi itu penting, tapi pegangan agama tetap nombor satu.
Kredit: Instagram Ustaz Wadi Annuar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



