“Boleh Sakit Jiwa Dengan Perangai Masing-Masing” – Shima Anuar ‘Naik Hantu’ Pembantu Rumah Malas & Abai Keselamatan Anak

“Boleh Sakit Jiwa Dengan Perangai Masing-Masing” – Shima Anuar ‘Naik Hantu’ Pembantu Rumah Malas & Abai Keselamatan Anak

Pelakon Shima Anuar meluahkan rasa berang selepas pembantu rumahnya yang terdiri daripada empat orang itu dilaporkan telah mengabaikan keselamatan anaknya termasuklah dalam culas menjalankan tanggungjawab.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shima memaklumkan, keempat-empat pembantu rumahnya itu telah dipecat dek kerana bersikap pemalas termasuklah tidak mengemas rumah.

Jelasnya, ini bukanlah kali pertama pembantu rumahnya itu bersikap acuh tak acuh dalam menjalankan pekerjaan.

“Daripada empat pembantu rumah, sekarang semuanya tak ada. Bagus lah.

“Daripada aku stress, boleh sakit jiwa dengan perangai masing-masing. Bila dilayan dengan baik, semua naik lemak.Buat kerja samnbil lewa.

“Semua benda nak kena tegur, disuruh, buakn sekali dua,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Shima juga berkongsi sepotong video pendek hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika dia menegur pembantu rumahnya akibat mengabaikan keselamatan anaknya.

“Kejadian sebelum ini. Saya keluar ambil Sophia dengan Mikhael balik sekolah, Harris keluar dah sampai gate seorang diri. Kau rasa aku tak naik hantu?

“Ada maid ramai pun tak guna,” jelasnya.

Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Marian Sophia, 6, Mikhael Iman, 5, dan anak bongsunya, Harris.

Scroll to Top