“Boleh Seksi Gini Ye Sekarang, Dulu Faizal Tahir Baru Bukak Baju Dah Kena  Banned” – Netizen

“Boleh Seksi Gini Ye Sekarang, Dulu Faizal Tahir Baru Bukak Baju Dah Kena  Banned” – Netizen

Baru-baru ini penampilan kumpulan popular, DOLLA ketika sesi latihan persembahan di acara muzik Latihan Pestapora Malaysia 2025 menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Instagram, ketiga-tiga ahli kumpulan tersebut mengenakan skirt pendek dengan pakaian yang agak seksi sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

BACA: Netizen Terkilan Dolla Cemarkan Baju Celoreng Tentera

Seperti di sangka, di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai etika pemakaian artis ketika membuat persembahan serta ada yang beristighfar melihat pakaian kumpulan tersebut.

Sementara itu, ada yang turut membuat perbandingan dengan insiden melibatkan penyanyi, Faizal Tahir satu ketika dahulu serta mengatakan selebriti Korea Selatan iaitu Song Ji Hyo datang ke Malaysia dilihat tampil lebih sopan.

Tidak kurang juga ada yang meminta untuk perketatkan syarat-syarat berpakaian untuk konsert apatah lagi ianya bukan hanya ditonton oleh golongan dewasa sahaja.


Scroll to Top