Soalan
Assalamualaikum, mohon penjelasan Pejabat Mufti Wilayah berkenaan solat tarawih. Saya seorang jururawat yang bekerja mengikut jadual shif tertentu. Kadang-kadang shift saya bekerja pada waktu malam bermula jam 8 malam sehingga jam 8 pagi. Pekerjaan saya susah untuk berhenti rehat dengan mengambil waktu yang lama hanya sekadar sempat untuk menunaikan solat Isyak dan hanya sempat beberapa raakat sahaja solat Tarawih. Persoalannya bolehkah saya mengqada baki solat tarawih dan solat witir saya selepas saya selesai kerja pada waktu lain.
Ringkasan Jawapan
Solat sunat Tarawih dan solat sunat Witir boleh diqada pada waktu yang lain sekiranya tertinggal dan tidak sempat dilakukan pada waktunya. Perkara ini merujuk kepada pandangan mazhab al-Syafiโe yang mengharuskan ย qada solat sunat yang didirikan pada waktu tertentu (solat sunatย al-Muaqqat) sekiranya luput waktunya. Hal ini juga termasuk solat sunat Tarawih dan solat sunat Witir yang dikategorikan sebagai solat sunat yang memiliki waktunya tersendiri
Advertisement
Huraian Jawapan
Ganjaran diampunkan segala dosa pada bulan Ramadan yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT bagi mereka yang mendirikan malam-malamnya dengan penuh kesungguhan dan pengharapan sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis riwayat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
ู ููู ููุงู ู ุฑูู ูุถูุงูู ุฅููู ูุงููุง ููุงุญูุชูุณูุงุจูุงุ ุบูููุฑู ูููู ู ูุง ุชูููุฏููู ู ู ููู ุฐูููุจููู
Maksudnya: โSesiapa yang mendirikan malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa-dosa yang laluโ. (Riwayat Muslim)
Mendirikan malam pada bulan Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis di atas merupakan solat sunat Tarawih.[1]ย Solat sunat Tarawih merupakan solat sunat yang memiliki waktunya yang tertentu dengan hanya dilakukan pada setiap malam selepas solat Isyak didirikan sehingga sebelum terbitnya fajar di bulan Ramadan.[2]
Persoalan tentang qada solat Tarawih bagi mereka yang tertinggal dan tidak sempat menunaikannya, Imam al-Nawawi menyebut secara umum bahawa sunat qada solat sunat yang memiliki waktunya (solat sunatย al-Muaqqat). Teks asalnya seperti berikut:
ูููููู ููุงุชู ุงูููููููู ุงููู ูุคููููุชู ููุฏูุจู ููุถูุงุคููู ููู ุงููุฃูุธูููุฑู
Maksudnya: โJika luput waktu solat sunat yang telah ditetapkan waktunya, maka sunat untuk qada menurut pandangan yang muktamadโ.[3]
Imam al-Khatib al-Syirbini menjelaskan bahawa sunat menggantikan solat sunat yang memiliki waktunya (solat sunatย al-Muaqqat) sama ada solat itu afdal dilakukan secara berjemaah seperti solat sunat Hari Raya atau pun tidak seperti solat sunat Dhuha.[4]ย Hal ini berdasarkan dalil daripada hadis Nabi SAW yang menyatakan sesiapa yang tertidur atau terlupa sehingga terlepas waktu solatnya maka digantikan apabila mengingatinya.[5]ย Begitu juga dalam hadis yang lain, Nabi SAW menggantikan solat sunat Zohor setelah solat Asar dan juga Baginda SAW menggantikan solat sunat Fajar setelah terbitnya matahari kerana tertidur.[6]
Begitu juga perihal solat sunat witir, menurut mazhab Syafiโi ia termasuk dalam kategori solat sunat yang digalakkan untuk qada jika tertinggal[7]ย berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, Nabi SAW bersabda:
ู ููู ููุงู ู ุนููู ุงููููุชูุฑู ุฃููู ููุณููููู ูููููููุชูุฑู ุฅูุฐูุง ุฐูููุฑููู ุฃููู ุงุณูุชูููููุธู
Maksudnya: โSesiapa yang tidur sehingga terlepas waktu solat Witir atau terlupa menunaikannya, maka lakukanlah apabila dia mengingatinya atau setelah dia bangun daripada tidurโ. [Riwayat al-Tirmizi (465)]
Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan, solat sunat Tarawih dan solat sunat Witir boleh diqada pada waktu yang lain sekiranya tertinggal dan tidak sempat dilakukan pada waktunya. Perkara ini merujuk kepada pandangan mazhab al-Syafiโe yang membenarkan untuk qada solat sunat yang memiliki waktu tertentu (solat sunatย muaqqat) sekiranya luput waktunya. Hal ini juga termasuk solat sunat Tarawih dan solat sunat Witir yang dikategorikan sebagai solat sunat yang memiliki waktunya tersendiri.
Wallahuโalam
Rujukan:
[1]ย Al-Minhaj Syarh Sahih muslim bin al-Hajjaj, Abu Zakaria Mahyuddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. (Beirut: Dar Ihyaโ al-Turath al-โArabiy, 1392) Jld.6 Hlm. 39
ููุงููู ูุฑูุงุฏู ุจูููููุงู ู ุฑูู ูุถูุงูู ุตูููุงุฉู ุงูุชููุฑูุงูููุญู
[2]ย Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh, Dr. Wahbah Zuhaili. (Damsyiq: Dar al-Fikr) Jld. 2 Hlm. 1075
ูุงูุชุฑุงููุญ ุนุดุฑูู ุฑูุนุฉ ุจุนุดุฑ ุชุณููู ุงุช ูู ูู ูููุฉ ู ู ุฑู ุถุงู ุจูู ุตูุงุฉ ุงูุนุดุงุก ูุทููุน ุงููุฌุฑุ ุงุชุจุงุนุงู ููุณูุฉุ ู ุน ู ูุงุธุจุฉ ุงูุตุญุงุจุฉ ุนูููุง.
[3]ย Minhaj al-Talibin wa โUmdah al-Muftin fi al-fiqh, Abu Zakaria Mahyuddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. (Dar Fikr, 1425) Hlm. 36
[4]ย Mughni al-muhtaj ila Maโrifah Maโani Alfaz al-minhaj, al-Khatib al-Syirbini. (Dar al-Kutub al-โIlmiyyah, 1415) Jld. 1 Hlm. 457
(ูููููู ููุงุชู ุงูููููููู ุงููู ูุคููููุชู) ุณููููุชู ุงููุฌูู ูุงุนูุฉู ููููู ููุตูููุงุฉู ุงููุนููุฏู ุฃููู ููุง ููุตูููุงุฉู ุงูุถููุญูู (ููุฏูุจู ููุถูุงุคููู ููู ุงููุฃูุธูููุฑู)
[5]ย Hadis riwayat Muslim. No Hadis 684
ู ููู ููุณููู ุตููุงูุฉู ุฃููู ููุงู ู ุนูููููุง ูููููููุงุฑูุชูููุง ุฃููู ููุตููููููููุง ุฅูุฐูุง ุฐูููุฑูููุง
[6]ย Mughni al-muhtaj ila Maโrifah Maโani Alfaz al-minhaj, al-Khatib al-Syirbini. (Dar al-Kutub al-โIlmiyyah, 1415) Jld. 1 Hlm. 457
ยซููุถูู ุฑูููุนูุชููู ุณููููุฉู ุงูุธููููุฑู ุงููู ูุชูุฃูุฎููุฑูุฉู ุจูุนูุฏู ุงููุนูุตูุฑูยป ุ ุฑูููุงูู ุงูุดููููุฎูุงูู ยซููุฑูููุนูุชููู ุงููููุฌูุฑู ุจูุนูุฏู ุงูุดููู ูุณู ููู ููุง ููุงู ู ููู ุงููููุงุฏูู ุนููู ุงูุตููุจูุญูยป ุ ุฑูููุงูู ุฃูุจูู ุฏูุงููุฏ ุจูุฅูุณูููุงุฏู ุตูุญููุญูุ
[7]ย Al-Majmuโ Syarh al-Muhazzab, Abu Zakaria Mahyuddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. (Dar al-Fikr) Jld. 4 Hlm. 41-42
ููุฐู ูููุง ุซูุงุซุฉ ุฃููุงู ุงูุตุญูุญ ู ููุง ุฃููุง ูุณุชุญุจ ูุถุงุคูุง ูุงู ุงููุงุถู ุฃุจู ุงูุทูุจ ูุบูุฑู ูุฐุง ุงูููู ูู ุงูู ูุตูุต ูู ุงูุฌุฏูุฏ
Tulisan ini diambil daripada kolum Irsyad Fatwa Edisi Khas Ramadhan yang disiarkan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 5 April 2023.