Bom buatan sendiri meletup di sekolah, 10 pelajar cedera

Bom buatan sendiri meletup di sekolah, 10 pelajar cedera

Rio de Janeiro: Satu letupan bom buatan sendiri berlaku pada Jumaat di sebuah sekolah awam di Belford Roxo, Rio de Janeiro, sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 pelajar mengalami kecederaan, lapor pihak berkuasa tempatan kepada Xinhua.

Datuk Bandar Belford Roxo, Mariana Malta memaklumkan peranti itu meletup sejurus seorang pelajar menemuinya di kawasan kampus lalu melambung objek itu ke udara.

Pihak pengurusan sekolah menyatakan keadaan kini terkawal, manakala semua mangsa yang berumur antara 13 hingga 15 tahun sudah dibenarkan pulang dari hospital tempatan selepas menerima rawatan.

Laporan televisyen tempatan mendedahkan bahan letupan itu mengandungi pasir serta dipenuhi paku, nat dan bolt yang bertaburan ketika letupan berlaku.

Pegawai polis telah menjalankan pemeriksaan rapi di seluruh premis dan mengesahkan tiada bahan letupan lain ditemui.

Pegawai pendidikan negeri Rio de Janeiro berkata pihak berkuasa sedang bekerjasama menjalankan siasatan bagi mengenal pasti bagaimana bom itu boleh dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top