am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan nyawa tiga mangsa terperangkap dalam kebakaran rumah di Kampung Bantayan, Inanam, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 1.53 pagi.
Katanya, 13 pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan rumah dua tingkat jenis kekal dengan bahagian tangga yang terbakar.
“Ketika kejadian, tiga mangsa terperangkap di tingkat satu berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba menggunakan tangga melalui tingkap,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran sebelum operasi ditamatkan 3.42 pagi.
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




