Bomba selamatkan lembu hampir lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Pulau Pinang: Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas berjaya menyelamatkan seekor lembu yang hampir lepas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Jalan Simpang Empat, Permatang Buloh, di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.38.

Beliau berkata, ketika anggota bomba tiba di lokasi kejadian mendapati seekor lembu telah terjatuh ke dalam longkang dengan kedalaman 4 meter.

“Ketika tiba di lokasi didapati terdapat seekor lembu yang hampir lemas dalam longkang dipenuhi air. Anggota bomba melakukan kerja penyelamatan menggunakan hos dan tali menyelamat.

“Lembu tersebut telah berjaya dinaikkan ke darat dalam keadaan masih hidup dan diserahkan kepada pemiliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat dan operasi ditamatkan pukul 5.01 petang

 

ZA137 Malay News