“Bonda Memang Seorang Yang Romantik, Manja” – Aliff Syukri
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengulas mengenai sifat mesra dan manja yang ditunjukkan ibunya iaitu Bonda Rozita ketika sesi siaran langsung baru-baru ini bukanlah perkara baru.
Menerusi satu video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Aliff berkata ibunya memang seorang wanita yan manja dan romantik.
BACA: “Umur Tua Tapi Dalaman Sihat” – Suami Puji Bonda Rozita Masih Bertenaga
@modelistaempire
“Sebenarnya bonda tu dia memang seorang yang romantik, manja. Bukan manja sahaja ye tapi manja kali. Lagi-lagi dapat suami yang melayan dia. Jadi, kalau tanya saya, saya tak terkejut pun sebab saya memang tahu perangai bonda macam tu,” katanya.
Sementara itu, Aliff turut meminta netizen tidak membandingkan hubungan Bonda Rozita dengan bekas suami terdahulu dengan sekarang, serta memberi ruang kepada ibunya itu.
“Mungkin suami sebelum ini orangnya tak melayan dan tak suka depan kamera. Korang janganlah membanding-bandingkan Abang Haji (bekas suami bonda) dengan Abang Amin sebab setiap orang ada karakter berbeza-beza.
“Kita cuma doa yang terbaik je lah. Biarlah bonda buat live, mungkin dia nak tunjuk juga suami dia, tak salah pun nak manja-manja,” katanya.