Perkongsian usahawan Bonda Rozita Ibrahim menjadi perhatian apabila memuat naik video sedang melawat tapak pembinaan rumah yang dibelinya.
Menerusi hantaran itu, Bonda Rozita berkata rumah tersebut adalah sebagai tanda penghargaan buat pekerjanya yang cemerlang.
BACA: Bonda Rozita Bela Anjing K9 Untuk Tujuan Keselamatan, Ada Cip Mikro Dalam Badan
Menurutnya lagi, Bonda Rozita tidak menganggap mereka sekadar pekerja sahaja sebaliknya seperti keluarga yang menjaga amanah.
“Sepanjang bonda berniaga, bonda belajar satu perkara kita tidak akan rugi bila berkongsi rezeki dengan staf yang amanah dan bersungguh-sungguh jaga syarikat.
“Mereka ini bukan sekadar pekerja tetapi mereka bagai keluarga saya yang menjaga amanah, mengangkat nama, dan sanggup susah senang dengan bonda. Rumah teres dua blok ini semua dimiliki staf yang benar-benar cemerlang,” tulisnya,
Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kebaikan Bonda Rozita lebih-lebih lagi dalam menghargai pekerja serta mengatakan mempunyai majikan yang baik adalah satu rezeki.




