Bongkah konkrit jatuh tiada kaitan pembinaan SUKE – Prolintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Sebuah bongkah konkrit jatuh daripada sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Ampang awal pagi tadi sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

Bagaimanapun, menurut Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas), kejadian itu tidak ada kaitan dengan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Bongkah konkrit itu jatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan berkenaan. Kerja pengalihan dan pembersihan selesai kurang 30 minit dan keadaan trafik kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu.