
Letupan dilaporkan berlaku sekitar 5.45 petang Isnin erhampiran kawasan New River Triangle, Fort Lauderdale.
WASHINGTON – Sebuah bot yang membawa 13 orang meletup di negeri Florida, Amerika Syarikat dan mengakibatkan beberapa mangsa cedera, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Kejadian letupan bot dilaporkan berlaku sekitar 5.45 petang Isnin berhampiran kawasan New River Triangle, Fort Lauderdale.
“Bot berkenaan membawa 13 orang. Beberapa kecederaan turut dilaporkan,ā kata Pengawal Pantai AS Wilayah Tenggara menerusi hantaran di platform X pada Selasa.
Mangsa-mangsa yang terlibat dikejarkan ke hospital dan siasatan mengenai insiden itu sedang dijalankan.
Fort Lauderdale merupakan sebuah bandar peranginan berhampiran Miami.
Hari Isnin merupakan cuti umum persekutuan di Amerika Syarikat sempena sambutan Memorial Day. – Bernama