Bot karam di perairan Kuala Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Besut – Kejadian bot karam di perairan Kuala Besut, awal pagi semalam 4 nelayan dikhuatiri lemas manakala seorang ditemui selamat. Dilaporkan empat dari mereka adalah warganegara Myanmar dan seorang warganegara Thailand berusia dalam lingkungan 40-an telah keluar menaiki bot dari Jeti Perikanan Getting, Tumpat ke perairan Terengganu untuk menangkap ikan.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Besut DSP Azrol Anuar Nor berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kes tersebut pada jam 9 pagi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi lebih kurang 12 batu nautika dari perairan Kuala Besut berdekatan Pulau Perhentian dan Pulau Susu Dara akibat ribut serta bot dipukul ombak besar.

Tambah beliau sehingga kini empat nelayan tersebut masih hilang dan tekong bot ditemui dalam keadaan terapung sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum dibawa balik ke Jeti Tok Bali, Kelantan.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan pada radius enam batu nautika dari lokasi kejadian, dengan kekuatan 69 anggota termasuk polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Timur bersama beberapa buah bot dan sebuah kapal.

Malay News
Farah Fauzi