Bot nelayan terbakar, semua kru selamat

Bot nelayan terbakar, semua kru selamat

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tindakan pantas kru bot nelayan berpindah ke bot nelayan lain berjaya menyelamatkan diri dari sebarang kemalangan selepas bot mereka terbakar di perairan Jeti Safma di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.45 pagi itu, bot nelayan yang dipercayai berada berhampiran jeti berkenaan dikatakan tiba-tiba terbakar.

Sebuah lagi bot yang dikatakan berada berhampiran terus menghampiri bot itu untuk membantu krunya menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.56 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi, kebakaran membabitkan sebuah bot laut nelayan yang terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran sepanjang 33 meter dengan dua pancutan dari sumber air laut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi pemadam turut dibantu pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Tiada mangsa terbabit dilaporkan dan sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top