Bangkok: Seorang pelancong wanita Britain hilang di Thailand selepas bot pelancongan yang dinaikinya terbakar di luar pulau Koh Tao, dekat Surat Thani, pagi semalam.
The Guardian melaporkan, Alexandra Clarke, 26, dari Lambeth, selatan London, United Kingdom (UK) berada di atas bot Davy Jones Locker untuk lawatan menyelam.
Dia dilaporkan berada di dalam tandas ketika kebakaran berlaku sebelum isyarat kecemasan dihantar pada 9.25 pagi waktu tempatan.
Terdapat 21 orang lain di atas kapal, termasuk 15 pelancong, dua anak kapal, empat jurulatih dan pembantu menyelam.
Kesemua mereka selamat dipindahkan oleh kapal persendirian, dan sukarelawan sementara pasukan kedua sukarelawan berusaha memadam kebakaran.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Thailand mendapati Clarke hilang.
Timbalan Pengarah Pusat Perintah Penguatkuasaan Maritim Thailand Surat Thani Kapten Natthaphon Sinpoonphon berkata, bot itu berada antara lima dan enam batu nautika dari pulau itu ketika kebakaran bermula di bilik enjin dan merebak melalui bot dengan panta.
“Laporan awal menunjukkan bilik enjin, kabin dan tandas belakang rosak. Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




