Philadelphia: Botafogo memecat pengurus, Renato Paiva selepas tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia Kelab, umum kelab Brazil itu, hari ini.
Keputusan itu dibuat walaupun mereka menewaskan juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Paris St Germain (PSG) di peringkat kumpulan kejohanan itu.
Pasukan Paiva tersingkir di peringkat 16 terakhir selepas tewas 0-1 dalam masa tambahan kepada kelab Brazil, Palmeiras dan pengurus itu menerima padah selepas hanya empat bulan dilantik mengemudi pasukan itu.
Botafogo mencuri tumpuan di Piala Dunia Kelab apabila mereka menewaskan PSG 1-0 dalam peringkat kumpulan, selepas sebelum itu menewaskan Seattle Sounders dan mereka mara sebagai naib juara Kumpulan B walaupun tewas 0-1 kepada Atletico Madrid.
“Kelab mengucapkan terima kasih kepada Paiva dan pembantunya atas khidmat mereka kepada Botafogo sepanjang beberapa bulan lalu,” kata kenyataan kelab di media sosial.
“Khususnya untuk kemenangan bersejarah menentang Paris Saint-Germain di Piala Dunia Kelab dan kelayakan ke pusingan 16 terakhir (Copa) Libertadores dan Copa do Brasil.”
© New Straits Times Press (M) Bhd