Botol air ‘Cristiano’ Ikea curi tumpuan – Utusan Digital

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

LONDON: Ikea mengambil peluang daripada insiden Coca-Cola Cristiano Ronaldo awal bulan ini apabila memperkenalkan botol air yang diberi nama sempena bintang Portugal itu.

Ronaldo, 36, menarik tumpuan dunia apabila mengalihkan dua botol Coke yang diletakkan di atas meja dalam sidang akhbar sambil menjerit ‘Agua’! yang membawa maksud air kosong.

Ikea kemudian tampil dengan strategi pemasaran bijak apabila mengeluarkan botol air kaca yang diberi nama ‘CRISTIANO’.

Syarikat perabot gergasi Sweden itu juga menggunakan taktik pemasaran menarik dalam media sosial dengan menulis: “Minum air, secara [email protected] #Euro2020.”

INSIDEN Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coke menarik tumpuan dunia.

Strategi tersebut mendapat pujian orang ramai, terutama pelanggan Ikea yang menganggap pasukan pemasaran mereka telah melakukan kerja dengan bagus.

Pengaruh Ronaldo, yang baru menyamai rekod penjaring terbanyak dunia dengan meledak 109 gol jelas amat besar.

Sehari selepas mengalihkan botol Coke, Coca-Cola kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) selepas saham mereka jatuh dari AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39).

Mungkin menggunakan nama ‘CRISTIANO’ pada botol minuman akan memberi keuntungan kepada Ikea?. – AGENSI