Brazil mara ke final

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

JUARA bertahan, Brazil mara ke final Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan Mexico, 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Stadium Ibaraki Kashima, pada Selasa.

Pada penentuan sepakan penalti itu, Brazil menjaringkan gol menerusi kapten, Danny Alves, Gabriel Martinelli, Bruno Gumaraes dan Reiner manakala Mexico hanya berjaya menjaringkan gol menerusi Carlos Rodriguez setelah sepakan Eduardo Aguirre, Johan Vasquez berjaya diselamatkan penjaga gol Brazil, Santos.

Kemenangan itu memberikan peluang untuk skuad Selecao itu untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Olimpik Rio, 2016 lalu.

Skuad kendalian Andre Jardine itu kini hanya menanti pemenang bagi satu lagi aksi separuh akhir antara Jepun dan Sepanyol di Stadium Saitama dalam usaha mempertahankan ibu segala pingat itu pada Sabtu.