Brighton terlepas khidmat Mitoma

Brighton terlepas khidmat Mitoma

KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) Brighton & Hove Albion terpaksa melupakan khidmat pemain tengah Jepun, Kaoru Mitoma dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas dia mengalami kecederaan ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace di Stadium Selhurst Park, Jumaat lalu.

Malah, pengendali The Seagulls, Roberto de Zerbi tidak menolak kemungkinan bekas pemain dari kelab Liga Jepun (Liga-J) Kawasaki Frontale yang tampil 24 perlawanan musim ini terlepas saingan Piala Asia Qatar di Qatar tahun depan.

Pemain berusia 26 tahun tersebut sebelum itu meninggalkan laman The Eagles dengan tongkat dan memakai kasut pelindung.

“Kami kini mempunyai lebih kurang 10 pemain yang mengalami kecederaan, kami juga telah kehilangan Kaoru selama enam minggu.

Scroll to Top