Sejak semalam hangat diperkatakan apabila usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal susulan tindakan selebriti sensasi, Azwan Ali memijak beg keluarannya.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Azwan kerana mendakwa selebriti itu tidak mempunyai duit.
BACA: “Aku Tak Nak Saman Sebab Kau Tiada Duit” – Aliff Syukri Tak Maafkan Diva AA
Terbaru, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA dilihat ada memuat naik video meluahkan rasa tidak puas hati apabila didakwa tidak mempunyai wang.
Malah, Azwan berkata lagi, dia akan membuat pendedahan sebenar namun tidak dinyatakan lebih lanjut mengenai perkara yang akan dikongsikannya.
“B*to lah Aliff Syukri! Dengan sepundal-sepundal s*al kata kononnya Diva AA tak ada duit. Kau tunggu pendedahan sebenarnya. Kau tunggu je,” katanya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Azwan dilihat memuat naik gambar memaparkan Aliff berada di hospital serta melemparkan kata-kata negatif terhadap usahawan berkenaan.