Buat BLINKs semua! Starbucks keluarkan edisi BLACKPINK + STARBUCKS

Buat BLINKs semua! Starbucks keluarkan edisi BLACKPINK + STARBUCKS

Buat peminat tegar Kumpulan K-pop BLACKPINK, 25 Julai ini, Starbucks akan berkolaberasi bersama kumpulan fenomenal K-pop yang akan memperkenalkan Frappucino bertemakan BLACKPINK!

Dah nama pun Starbucks, mestilah akan ada koleksi edisi terhad barangan minuman di kedai Starbucks terpilih di Malaysia.

Buat julung kalinya, pelanggan berpeluang merasai cita rasa kumpulan digemari ramai dengan minuman campuran Frappucino Strawberry Choco Cream  BLACKPINK baharu.

Minuman Frappucino ini akan mengimbau kembali suasana edgy album terbaru BLACKPINK Born Pink yang menggabungkan minuman berwarna hitam dan sirap strawberi serta dihiasi dengan krim putar merah jambu.

Peminat BLACKPINK juga akan rambang mata dengan koleksi BLACKPINK + STARBUCKS yang akan mempamerkan 11 jenis peralatan minuman dan 6 aksesori dengan menampilkan palet merah jambu dan hitam yang berbeza serta motif grafiti funky.

Barangan edisi terhad seperti cawan, mug, gelas Starbucks yang boleh diguna semula dalam rona warna BLACKPINK pun ada.

Koleksi gelas reuseable ini akan menggalakkan para pelanggan menggunakan barangan guna semula untuk selamatkan bumi.

Kerjasama BLACKPINK + STARBUCKS ini juga akan menghidangkan anda dengan barisan minuman terbaharu seperti Starbucks Almond Butter Coffee Frappucino, Starbucks Almond White Chocolate Cream Frappucino dan Almond Cream Cold Brew.

Koleksi barangan Starbucks Summer Field dan Beach Day Starbucks kad yang menggabungkan corak bunga yang mempesona dengan palet yang lebih lembut akan melengkapkan lagi koleksi kad Starbucks korang.

 

Koleksi barangan Summer Field boleh didapati di semua kedai Starbucks berhampiran dengan harga bermula RM85.

Apa yang best lagi, dengan pengisian minimum RM30 kad Starbucks Beach Day, korang berpeluang untuk dapatkan faedah eksklusif!

Jangan lupa dapatkan koleksi barangan dan minuman sempena BLACKPINK + STARBUCKS 25 Julai ini!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starbucks.com.my