Pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz menjelaskan mengenai kecaman sesetengah pihak yang mempertikai bayaran tinggi kelas agama yang dianjurkan oleh mereka.
Memetik mStar Online, Neelofa berkata bayaran yang dikenakan setimpal dengan apa yang ditawarkan dan mereka memberikan satu pengalaman berbeza buat para tetamu. Malah tiada yang merungut dengan kelas yang dianjurkan.
BACA: Netizen Persoal Harga Kelas Ilmu Neelofa & Suami RM850
“Kami buat di hotel lima bintang dan makanan disediakan sedap. Tetamu yang hadir bukan sekadar datang dan balik. Kami berikan satu pengalaman berbeza buat semua tetamu. Setakat ini tiada siapa yang merungut dengan apa yang kami berikan,” katanya.
Sementara itu, PU Riz berkata mereka turut menjemput tetamu undangan untuk berkongsi pengalaman secara eksklusif dan mahu mengangkat industri ceramah ke tahap lebih tinggi.
“Ilmu yang disampaikan boleh dapat di luar sana. Cuma mungkin pendekatan kami agak berbeza. Kami juga bawakan rakan-rakan secara eksklusif untuk kongsi pengalaman mereka.
“Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak?” katanya.




