“Buat Malu Orang Batu Pahat” – Tular Video Persembahan Kuda Kepang Didakwa Ada Unsur Syirik

“Buat Malu Orang Batu Pahat” – Tular Video Persembahan Kuda Kepang Didakwa Ada Unsur Syirik

Oh! Tidak

Netizen mempersoalkan ritual kuda kepang yang semakin berleluasa di Johor.


Baru-baru ini, tular rakaman persembahan kuda kepang didakwa berlaku di Batu Pahat, Johor. Persembahan itu didakwa mengandungi unsur pemujaan hingga mengundang rasa kurang senang ramai netizen.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan orang ramai berkumpul menyaksikan ‘show’ tersebut, malah ada yang menyifatkan ia kini menjadi acara mingguan di sana.

Ritual kuda kepang di Batu Pahat puja jin?

Isu ini membuka ruang perdebatan kerana sebelum ini sudah ada pekeliling daripada pihak berkuasa agama Johor (MAIJ) berkaitan larangan kuda kepang yang melibatkan unsur pemujaan.

Netizen persoal tindakan penganjur

Kuda Kepang

Seorang pengguna Facebook, Hafis Haziq, mempersoalkan sama ada pihak yang menganjurkan acara itu tidak tahu atau sengaja mengabaikan arahan yang sudah dikeluarkan.

Tidak kah dah ada #pekeliling yang dikeluarkan #MAIJ berkaitan #kudakepang dan seumpamanya? Atau adakah mereka’ kumpulan itu tidak tahu atau bagaimana??

Seorang lagi netizen, Zura Lola’s, turut mengecam tindakan tersebut yang dianggap memalukan orang Batu Pahat kerana masih mengekalkan barongan dan kuda kepang berbentuk pemujaan.

Pssttt! Walaupun ada pihak yang mahu ia dilihat sebagai seni warisan, kehadiran unsur pemujaan nyata terus menjadi isu utama yang dipersoalkan masyarakat.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top