“Buat Program Sejuta Selawat Tapi Gaji Tak Bayar?” – Netizen Dedah Isu Panas Libatkan Pak Mat Western | Oh! Media

“Buat Program Sejuta Selawat Tapi Gaji Tak Bayar?” – Netizen Dedah Isu Panas Libatkan Pak Mat Western | Oh! Media

Satu akaun TikTok dengan nama @boikotpakmat mencuri perhatian ramai apabila tampil mendedahkan dakwaan mengejutkan terhadap restoran western popular, Pak Mat Western.

Dalam siri pendedahan tersebut, individu di sebalik akaun itu mendakwa pihak restoran gagal membayar gaji pekerja dan bekas pekerja mereka.

Dakwaan mengejutkan mengenai Pak Mat Western

pak mat western
pak mat western

Apa yang lebih mengejutkan, akaun tersebut dilihat diwujudkan khas untuk menyebarkan dakwaan itu secara terbuka.

Buat program sejuta selawat, infaq bagi sana sini tapi gaji staf dan ex staf buat liat nak bayar. Siapa lagi kalau bukan Pak Mat Western.

Netizen kongsi pengalaman sama, ada yang dakwa ditipu

Lebih ramai netizen mula tampil memberikan respon dan berkongsi pengalaman sendiri. Di ruangan komen, segelintir individu turut mendedahkan bahawa mereka pernah menjadi mangsa penipuan melibatkan ejen Pak Mat Western.

Antara dakwaan yang timbul termasuk pesanan makanan yang dibatalkan secara tiba-tiba tanpa sebarang bayaran balik sehingga ke hari ini.

Situasi ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan kebimbangan dalam kalangan pelanggan dan penyokong restoran berkenaan.

Pssttt! Dakwaan pasal gaji memang sesuatu yang hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi kalau melibatkan syarikat yang besar. Kalau betul dakwaan ni, semoga Pak Mat dapat selesaikan dengan cara baik.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top