Budak 11 tahun dipercayai dipukul bapa kerana berbohong

Budak 11 tahun dipercayai dipukul bapa kerana berbohong

Melaka: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala serta lebam pada tangan kiri dipercayai dipukul bapanya di sebuah rumah di Taman Cheng Baru di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata ibu mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada 9.11 malam tadi.

“Pengadu yang juga seorang guru tuisyen memaklumkan pada hari kejadian kira-kira 10.30 malam dia pulang ke rumah dan mendapati kepala anaknya telah berbalut.

“Suaminya mengatakan dia memukul mangsa kerana kanak-kanak itu didakwa berbohong,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata ibu mangsa bertindak membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan anaknya dan bagi merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top