am@hmetro.com.my
Kuala Krai: Kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun cedera di perut selepas tercucuk besi pengayuh basikal, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya
menerima panggilan kecemasan mengenai insiden di Kampung Manik Urai Baru itu pada 7.54 pagi, dan tujuh anggota bergegas ke lokasi.
“Setibanya anggota di lokasi, hasil penilaian awal mendapati besi pengayuh basikal masih tercucuk pada perut mangsa.
“Pasukan segera menjalankan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas bagi memotong besi itu dengan berhati-hati tanpa menyebabkan kecederaan tambahan kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, operasi berjalan lancar dan mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
“Pihak kami menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa memantau keselamatan anak-anak ketika bermain,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd