Budak pulas pendikit, Vespa 'tersasar' rempuh kedai

Budak pulas pendikit, Vespa 'tersasar' rempuh kedai

Bangkok: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun cedera selepas secara tidak sengaja memulas pendikit motosikal Vespa menyebabkan kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah kedai serbaneka di daerah Lat Lum Kaeo, di Pathum Thani, utara Bangkok, baru-baru ini.

Memetik laporan Bangkok Post, kejadian itu turut mencederakan ibu saudaranya.

Menurut Chanita Nanthaphan, 31, dia meletakkan motosikal itu di hadapan kedai selepas menurunkan dua penumpang lain, namun enjin motosikal masih dalam keadaan hidup.

Kanak-kanak itu yang ketika itu duduk di bahagian hadapan secara tidak sengaja memulas pendikit sehingga kenderaan itu merempuh pintu kaca kedai.

Chanita dan anak saudaranya mengalami luka di lengan dan kaki akibat terkena serpihan kaca yang pecah berkecai.

Vespa Sprint berwarna putih itu ditemukan terbabas di dalam pintu kedai dikelilingi serpihan kaca dan barangan rosak.

Petugas penyelamat Kubang Luang memberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum membawa mangsa yang cedera ke Hospital Krung Siam Saint Carlos.

Pegawai polis dari balai Kubang Luang kemudian di lokasi untuk menyoal siasat pekerja kedai serbaneka serta penumpang motosikal berkenaan.

Sukarelawan daripada Yayasan Poh Teck Tueng turut membantu mengangkut motosikal itu ke balai polis, dan akan menghubungi keluarga mangsa untuk membuat laporan serta membincangkan pampasan bagi kerosakan yang berlaku.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top